Pindaan laporan audit 1MDB: Najib tiba di mahkamah

Pindaan laporan audit 1MDB: Najib tiba di mahkamah
Najib ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8.35 pagi.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan jenis Proton Perdana hitam diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut kelihatan bersama beliau ialah anaknya, Ashman.

Najib dijangka didakwa hari ini atas kesalahan meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.


Beliau dipanggil SPRM Isnin lalu bagi memberi keterangan berhubung kes tersebut dan bakal didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, sebahagian audit akhir 1MDB telah dibuang dari laporan.

BACA: Madinah pertahan dakwaan laporan audit 1MDB diubah

Menurutnya, arahan berbuat demikian dikeluarkan oleh Tan Sri Shukry Salleh, ketua setiausaha sulit Najib sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

BACA: 1MDB: Shukry Salleh disingkir sebagai Pengerusi Bank Rakyat serta-merta

Kedua-dua Arul dan Najib dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Walaupun bakal menghadapi pertuduhan bersama, pertuduhan akan dilakukan di mahkamah berasingan, iaitu Arul di Mahkamah Sesyen 8 manakala Najib di Mahkamah Sesyen 9.