Pindahan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dijangka selesai pada pertengahan Jun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
Kemudiannya, katanya, cabang pelaburan strategik kerajaan itu akan menjadi syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bonnya yang ia telah terbitkan.
"Kementerian juga memutuskan 1MDB tidak lagi dibenarkan untuk membuat pinjaman daripada mana-mana institusi dan perlu menguruskan liabiliti dan bonnya melalui apa juga cara," kata Johari kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau juga berkata nilai aset dipindahkan dijangka meningkat dan mencukupi untuk menampung semua liabiliti 1MDB termasuk komitmen bonnya.
Mengenai penutupan operasi BSI Bank Ltd (BSI Bank) di Singapura, Johari berkata ia tidak akan memberi sebarang impak kepada operasi 1MDB.
"1MDB tidak mempunyai banyak urus niaga dengan mereka (BSI Bank)," katanya. Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengumumkan pada Selasa ia mengarahkan penutupan BSI Bank milik Switzerland di Singapura.
Notis hasrat telah diserahkan kepada bank itu untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar di Singapura berhubung pelanggaran serius syarat-syarat anti pengubahan wang haram, pengawasan pengurusan operasi bank yang lemah dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank.
Terdahulu dilaporkan pengawal selia kewangan Switzerland bersetuju dengan pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank, yang terbabit dalam siasatan 1MDB.
1MDB menjelaskan ia tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang asing mengenai perkara berkaitan dengan syarikat itu tetapi mengesahkan pemilikan pelbagai pelaburan dananya tidak terjejas oleh pengumuman tersebut.
Bernama
Wed May 25 2016
JOHARI: Nilai aset dipindahkan dijangka meningkat dan mencukupi untuk menampung semua liabiliti 1MDB termasuk komitmen bonnya. -Gambar fail
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.
SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma
Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.
Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.
Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.