Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak pembangkang dan penyokong mereka yang memburuk-burukkan nama Malaysia dalam media Amerika dengan tuduhan liar, hingga membawa kepada dakwaan palsu kononnya Malaysia menghadapi bahaya pemerintahan diktator.
Dalam artikel penuh kecaman keras disiarkan menjelang ketibaannya untuk lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat, Perdana Menteri berkata kebolehan pembangkang berhujah menentang kerajaan dengan begitu terbuka dan rancak membuktikan semakin meningkatnya kebebasan yang dinikmati rakyat Malaysia.
"Tetapi dengan secara palsu mencerca demokrasi Malaysia yang vibran dan menyebarkan fitnah dan kepalsuan mengenai kerajaan ini dalam akhbar luar negara semata-mata untuk faedah politik adalah satu hal yang lain.
"Itu tidak menunjukkan kebanggaan tentang apa yang telah kita capai. Tidak juga ia menunjukkan kecintaan terhadap negara kita," kata Najib dalam tulisannya bertajuk 'Rekod Demokrasi dan Kebebasan Bersuara Malaysia adalah Kukuh" disiarkan pada blog beliau, najibrazak.com.
Najib dijadual tiba di Washington DC pada Isnin untuk lawatan 11-13 Sept atas undangan Presiden AS Donald Trump.
Najib berkata kerajaan menaruh kepercayaan terhadap demokrasi Malaysia dan hak rakyat untuk menyuarakan pendapat.
Beliau berkata, pembangkang bagaimanapun cuba memberi gambaran dalam akhbar Amerika kononnya pengkritik kerajaan "sering dipenjara".
"Mengapa pula anda dapati pujian terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam akhbar kebangsaan kita, dan perbahasan rancak - termasuk sekian banyak kritikan terhadap kerajaan - dalam web portal Malaysia?", kata perdana menteri.
Najib berkata hakikatnya ialah kerajaan mempertahankan demokrasi, kebebasan bersuara dan keluruhan undang-undang.
"Rekod kita adalah jelas, seperti mana meningkatnya kebebasan rakyat di bawah pentadbiran ini," kata beliau, dan mengambil perhatian bahawa pembangkang dialu-alukan malah telah menyertai perdebatan dengan kerajaan, sebagaimana mana rakyat Malaysia tahu berdasarkan laporan dalam media tradisional dan media baharu.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa di bawah pentadbirannya, demokrasi Malaysia telah diperkukuhkan dengan hasil-hasil perubahan yang hebat sejak kemerdekaan termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menghapuskan Akta Daurat yang wujud lebih 60 tahun.
Ini, Najib berkata, merupakan langkah-langkah utama yang memerlukan keberanian politik yang hebat.
"Tetapi kami melangkah ke hadapan dengan langkah itu kerana dengan memansuhkan undang-undang lapuk dan menindas ini merupakan langkah yang tepat," katanya.
Penambahbaikan lain yang telah diambil termasuk meningkatkan kebebasan media dengan membatalkan sekatan terhadap lesen penerbitan akhbar dan pembaharuan Akta Universiti dan Kolej Universiti untuk membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam kegiatan politik.
Najib seterusnya berkata bahawa demonstrasi, yang tidak akan dibenarkan di bawah bekas pemimpin, telah berlaku di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ini, katanya, disebabkan Akta Perhimpunan Aman yang julung kali digubal dalam bentuk undang-undang memberi hak untuk mengadakan bantahan secara aman di mana kerajaan mengiktiraf sebagai sebahagian daripada masyarakat demokratik.
Berhubung dakwaan tentang pemerintahan diktator, Najib menyebut mengenai keanihan oleh kerana seorang daripada pemimpin pembangkang mengakui bahawa beliau adalah seorang "diktator" ketika berkuasa selama 22 tahun.
"Dan memang benar semasa beliau menjadi perdana menteri, beratus-ratus orang dilokap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Akhbar, termasuk sebuah harian kebangsaan perdana ditutup. Badan kehakiman diserang.
"Kroni kapitalisme merebak, dengan urusan dibuat begitu ketara membebankan rakyat hari ini. Rakyat tidak ada hak untuk berdemonstrasi, dan pelajar tidak dibenarkan menyertai politik," kata perdana menteri.
Mengenai kepercayaan kukuh kerajaan dalam menegakkan keluhuran undang-undang, Najib berkata ini adalah penting kepada kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan mana-mana masyarakat.
"Dan kecemerlangan peraturan pasaran kewangan yang telah kita laksanakan, misalnya, telah diiktiraf dalam pelbagai ranking dunia," kata Najib yang juga menteri kewangan.
Tentang pilihan raya yang dipertandingkan dengan sengit dan kebebasan menyuarakan pendapat seseorang, Najib berkata Malaysia mempunyai rekod demokrasi paling mantap dan lama dalam seluruh Asia Tenggara.
Pilihan raya negara yang lepas membuktikan ini, kata beliau, dengan parti-parti berlainan menawan negeri-negeri dan ahli politik terkemuka kehilangan kerusi mereka, kerana tidak ada keputusan yang boleh dijamin dalam undian demokrasi bebas.
"Terpulang pada rakyat untuk memilih, dan itulah rekod yang harus dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2017
Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak pembangkang dan penyokong mereka yang memburuk-burukkan nama Malaysia dalam media Amerika dengan tuduhan liar.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.