Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) esok.

"Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 esok. Do your best! (buatlah yang terbaik)," katanya menerusi catatan Twitter beliau hari ini.


Seramai 425,251 calon akan menduduki ujian bertulis PT3 yang bermula esok hingga Khamis ini.

Daripada jumlah itu, seramai 394,458 calon adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan manakala 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, kata Kementerian Pendidikan.

PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

- BERNAMA