Polis hari ini merekod keterangan Anggota Parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa berunsur hasutan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948.
"Kami rekod keterangan beliau untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.
Terdahulu, Ng dilihat memberi keterangan selama hampir dua jam bermula pukul 4.05 petang kepada pegawai penyiasat ditemani peguam Ramkarpal Singh Deo di pusat khidmatnya di Jalan Anson di sini.
Pada 16 Feb lepas, Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri Ang Chor Keong membuat laporan polis berhubung artikel Ng yang disiar dalam akhbar Kwong Wah Yit Poh mengenai keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menghukum Anwar lima tahun penjara.
Mengulas mengenai artikel bertajuk 'Kebangkitan Reformasi' itu, Ng pada sidang media selepas memberi keterangan kepada polis, berkata ia adalah pendapat peribadinya dan mempunyai keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan percaya perubahan boleh dibuat menerusi peti undi.
"Saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dan turut ditanya adakah saya terlibat dalam gerakan reformasi ketika menjadi pelajar di Universiti Malaya pada 1998. Saya bukan terlibat secara langsung tetapi menyaksikannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan, berkata kerajaan negeri akan membela nasib Ng kerana itu merupakan satu penganiayaan politik terhadap seorang wakil rakyat.
"Kerajaan negeri akan membela Ng dan sekiranya perlu kami akan sediakan bantuan guaman," katanya.
Bernama
Fri Mar 06 2015
Polis membuka kertas siasatan terhadap Ng Wei Aik (gambar) mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948. -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Indah Water nafi kenakan caj berganda
Wakil IWK di Ipoh sedia berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjelaskan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan mengenakan caj sebanyak RM150 yang disiarkan akhbar berbahasa Cina.
Polis rekod keterangan wakil rakyat DAP di bawah Akta Hasutan
Polis merekod keterangan Anggota Parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa berunsur hasutan.