Pasukan Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket pengiklanan judi atas talian dan merampas wang tunai dalam mata wang ringgit dan yuen berjumlah RM34,917 dipercayai digunakan untuk pengurusan muslihat berkenaan, pada petang Jumaat.
Serbuan yang dibuat di dua premis rumah banglo di Jalan Gurney itu berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang terdiri daripada 97 lelaki dan 20 wanita yang kesemuanya warga China manakala seorang lagi adalah warga tempatan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim sindiket tersebut menggunakan aplikasi WeChat untuk mengiklankan sistem perjudian mereka kepada pengguna di China.
“Kalau kita lihat pada barang rampasan yang ada di sini, kita boleh lihat mereka menawarkan pengiklanan laman web perjudian ini di aplikasi Wechat.
“Namun, pengiklanan di aplikasi WeChat ini adalah untuk pasaran di negara China,” katanya menerusi kenyataan media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Tambah beliau, sindiket menggunakan WeChat Pay dan Ali Pay sebagai platform transaksi wang haram tersebut.
Pihaknya juga turut merampas pelbagai barangan elektronik yang digunakan untuk kegiatan itu seperti 118 komputer riba, 479 telefon bimbit, dua set komputer dan 154 kad SIM.
Siasatan juga mendapati premis tersebut telah beroperasi hampir enam bulan dan ia dijadikan sebagai tempat pengurusan pemasaran dan komputer pelayan aktiviti perjudian.
Kesemua tangkapan kini ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953.
Afiq Ariffin
Tue Nov 13 2018
Datuk Seri Mazlan Lazim (dua dari kanan) berkata sindiket tersebut menggunakan aplikasi WeChat untuk mengiklankan sistem perjudian mereka kepada pengguna di China. - Astro AWANI
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua cuti pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur dibekukan
Cuti kesemua anggota dan pegawai Polis Kontinjen Kuala Lumpur dibekukan selama dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Polis Kuala Lumpur mula operasi kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan
Polis juga berharap kerjasama orang ramai agar mematuhi perintah tersebut demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Jangan sertai perhimpunan bantah pelantikan Perdana Menteri - Polis
Perhimpunan haramlah sebab dia buat secara tiba-tiba, tidak minta notis dan ikut prosedur, saya nasihatkan jangan masyarakat sertai perhimpunan ini.
Runtuhan struktur: Salah seorang mangsa dibenarkan pulang selepas rawatan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan salah seorang mangsa yang menerima rawatan di HKL telah dibenarkan pulang.
94 PATI ditahan di ibu negara
Sepanjang operasi ini, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 271 orang warga asing dan seramai 94 daripada mereka telah ditangkap
Dua lelaki hina agama Islam, Nabi direman sehingga Ahad
Dua lelaki yang ditahan polis pada Rabu selepas memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, akan direman selama empat hari.
8,353 notis saman dikeluarkan dalam Op Selamat 14
Notis saman yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan penurunan berbanding Op Selamat 12 pada 2018.
Gara-gara lambung bayi dalam persembahan jalanan, pasangan Rusia ditahan
Sepasang suami isteri warganegara Rusia ditahan polis selepas klip video seorang lelaki melambung dan menghayun bayi berusia empat bulan dalam persembahan jalanan di ibu negara baru-baru ini.
Pelancong buat hal, 'juggling' tengah lintasan Jalan Sultan Ismail
Dua pelancong membuat persembahan juggling di tengah jalan raya Jalan Sultan Ismail.
Polis tumpaskan sindiket iklan judi 'online' guna aplikasi WeChat
Sewaktu serbuan dibuat pihak polis di dua buah rumah banglo, sejumlah 117 warga China ditahan, dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut.