awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki hina agama Islam, Nabi direman sehingga Ahad

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/03/2019
12:04 MYT
Dua lelaki hina agama Islam, Nabi direman sehingga Ahad
Mazlan mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani dan menyatakan keduanya akan ditahan reman sehingga Ahad ini. - Gambar fail
Dua lelaki yang ditahan polis pada Rabu selepas memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, akan direman selama empat hari.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani dan menyatakan keduanya akan ditahan reman sehingga Ahad ini.
“Kedua suspek berkenaan akan direman selama empat hari,” katanya ringkas kepada Astro Awani, pada Khamis.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter 'Alvin Chow' dan pemilik akaun Facebook Danny A'antonio ditahan pada Rabu berikutan menghina agama Islam, Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.
Kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun tersebut ditahan di Plaza Pudu dan Seri Kembangan.
Kedua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Topic Berkaitan
#'Alvin Chow'
#agama islam
#Danny A'antonio
#Datuk Seri Mazlan Lazim
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Nabi Muhammad SAW
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan