Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Normah Omar telah dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory.
UiTM dalam satu kenyataan hari ini berkata penganugerahan itu diumumkan pada majlis 'The 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards' di JW Marriott Marquis Hotel, Dubai, Isnin lepas.
Cambridge International Finance Advisory merupakan sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom, iaitu menyediakan khidmat nasihat strategik kepada badan kerajaan, institusi kewangan dan organisasi dua-hala dalam memajukan pasaran kewangan.
"Prof Dr. Normah disenaraikan di tempat kedua, selepas Datuk Noripah Kamso, Pengerusi Bank Rakyat.
"Anugerah ini sekali gus mengiktiraf dedikasi dan kesungguhan Prof Dr Normah dalam usaha beliau memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Kriminologi Kewangan Islam," kata UiTM.Normah adalah penyelidik perintis dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam di mana sumbangan dan kesungguhan beliau telah berjaya mencapai aspirasi Malaysia sebagai hab kewangan Islam.
Di bawah pimpinan beliau juga, ARI telah diberikan status Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sejak 2010 dan institut itu secara berterusan meletakkan penyelidikan dalam bidang Kewangan Islam sebagai fokus utama.
"Selaras dengan kepakarannya dalam bidang itu, Prof Dr Normah telah banyak memberikan sumbangan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan badan kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah, Persatuan Pakar Bertauliah Anti-Pengubahan Wang Haram dan beberapa persatuan lagi, " kata kenyataan itu.--BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
Prof Dr Normah Omar telah dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Prof Dr Normah Omar dinobatkan wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang kewangan Islam
Prof Dr Normah Omar telah dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam.