Proses bedah siasat mayat Nora Anne dibuat pada pagi Rabu

Proses bedah siasat mayat Nora Anne dibuat pada pagi Rabu
Ujar Mohamad, proses bedah siasat terhadap mangsa juga akan dibuat sekitar jam 10 pagi Rabu dengan bantuan Pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). -Gambar fail
SEREMBAN: Misteri kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah pusat peranginan di The Dusun, Pantai Hill, Nilai sejak 4 Ogos lalu terungkai selepas keluarga mangsa pada malam Selasa mengesahkan mayat yang dijumpai petang tadi milik anak sulung mereka.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, pengesahan itu dibuat ibu bapa mangsa, Sebastian Matie dan Maebh Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ujar Mohamad, proses bedah siasat terhadap mangsa juga akan dibuat sekitar jam 10 pagi Rabu dengan bantuan Pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).


 

“Pihak keluarga telah dibawa ke HTJ untuk membuat pengecaman mayat yang ditemui tengah hari tadi dan keluarga telah mengesahkan mayat tersebut adalah Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
“Proses post mortem bedah siasat ini akan dijalankan esok pagi dan kita akan pohon supaya senior patologi dari HKL turun bantu post mortem esok.

“Post mortem akan berlangsung sekitar jam 10 pagi esok dan hasil dari post mortem itu akan diumumkan kemudian,” katanya selepas ditemui di Jabatan forensik HTJ.



BACA: Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne - Ketua Polis Negeri Sembilan

Mengulas lanjut katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dihentikan dan petugas berada dalam dalam keadaan bersedia (standby mode).


Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

BACA: Satu mayat ditemui sewaktu operasi SAR mencari remaja hilang Nora Anne Quoirin

BACA: Jejak Nora: 'Kawasan Gunung Berembun licin, permukaan bumi menegak' - Malim Gunung

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dimulakan.

Bagaimanapun, satu mayat dalam keadaan tidak berbaju ditemui sekitar 1.57 petang tadi pada jarak kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne dilaporkan hilang.

Tag: Nora Anne Quoirin, hilang, HTJ, Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop, Hospital Tuanku Ja afar, bedah siasat


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.