Pas akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan maruah parti Islam itu dengan kenyataan fitnah dan tidak betul, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengulas tindakan parti tersebut yang memulakan prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap Sarawak Report yang berpangkalan di London itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan secara menyeluruh bagi membuktikan kebenaran.
"Kita bertindak sebagai menjaga maruah kita, apatah lagi itu kenyataan-kenyataan bohong dan tak betul. Kita mesti buktikan kebenaran. Tetapi bila menyentuh perasaan, contohnya akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan gambar kartun baru-baru ini, keterlanjuran seperti itu, boleh kita maafkan.
"Tetapi laporan Sarawak Report berkait dengan maruah. Ini kita bertindak...ia berbeza, kita kena faham," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-63, di sini hari ini.
Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan satu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel fitnah dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
Abdul Hadi telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpangkalan di London, Carter-Ruck, untuk menghantar surat aduan kepada Rewcastle Brown pada akhir 2016 agar artikel fitnah itu dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf, namun tiada respons sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
Abdul Hadi telah melantik dan mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat aduan kepada Rewcastle Brown pada akhir 2016 agar artikel fitnah itu dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf, namun tiada respon. -Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Prosiding fitnah terhadap Sarawak Report demi maruah Pas - Abdul Hadi
Prosiding fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report itu difailkan pada 21 April.