Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses damai di wilayah selatan Thailand adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan itu, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Beliau menarik perhatian bahawa bekas Ketua Polis Negara itu sebelum ini pernah ditugaskan untuk berunding dengan pihak komunis pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.
Ini, katanya, menjurus kepada majlis menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada 1989.
"Saya yakin perdana menteri (sekarang Dr Mahathir) melihat di sudut keupayaan dan kebolehan itu, maka diberikan tugas itu kepada beliau (Abdul Rahim)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di kementerianya di sini hari ini.
Abdul Rahim, 75 tahun, yang menjadi Ketua Polis Negara dari 1994 hingga 1999, pada Jumaat lepas mengesahkan pelantikan itu.
Mengulas perkembangan siasatan ke atas pembantu politiknya yang didakwa menerima RM800,000 daripada beberapa pihak, Mohamad berkata pihaknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya sedia memberi sebarang kerjasama bagi membantu SPRM,” katanya.
Pada 14 Ogos lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan sedang menyiasat pembantu politik seorang menteri berhubung dakwaan menerima wang berkenaan daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.
Bernama
Tue Aug 28 2018
Abdul Rahim, 75 tahun, yang menjadi Ketua Polis Negara dari 1994 hingga 1999, pada Jumaat lepas mengesahkan pelantikan itu. - Gambar fail
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Prayuth puji Malaysia kerana memudah cara proses perdamaian di selatan Thailand
Prayuth juga berbincang dengan Dr Mahathir untuk membawa kumpulan bertanggungjawab terdiri daripada pelbagai kumpulan pemberontak di wilayah selatan ke meja rundingan.
Rahim Noor tahu rahsia di Selatan Thailand
Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses damai di wilayah selatan Thailand adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan itu.
Itu kisah silam, saya dah pun jalani hukuman - Rahim Noor
Komen Nurul Izzah merupakan bantahan seorang anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau bebas untuk mengeluarkan apa saja kenyataan, kata Abdul Rahim.
ISA bukan jaminan bendung gerakan militan - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara itu berpendapat gerakan militan akan tetap ada biarpun ISA dikembalikan.