Satu inovasi ciptaan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan Student Design Competition (SDC) sebuah pertandingan antarabangsa yang dikelola oleh Asian Design Engineering Workshop and Society (ADEWS) di Seoul National University (SNU) awal Disember lalu.

Inovasi yang dinamakan 'Road Problem Detector' menjadi pilihan memandangkan ia penyelesaian kepada masalah terpenting khususnya di Asia.

inovasi ciptaan mereka berfungsi sebagai robot pengesan bagi setiap jenis permasalahan membabitkan jalan raya terutamanya lubang dan juga rekahan

Menurut Rian Hidayat, inovasi ciptaan mereka berfungsi sebagai robot pengesan bagi setiap jenis permasalahan membabitkan jalan raya terutamanya lubang dan juga rekahan.

Melalui alat ini, segala maklumat mengenai masalah yang dikesan mampu disimpan dan disalurkan kepada pihak yang terlibat dengan lebih efisien, lebih terperinci, serta lebih cepat.

Dengan kejayaan itu, ianya diharap menjadi inspirasi kepada belia-belia Malaysia untuk menyumbang idea-idea bernas generasi muda ke persada antarabangsa. Secara tidak langsung, Malaysia akan terus gah di mata dunia.



*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Amman Imran Rosman dan Ahmad Syahmi Mahmod dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)