Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila tiba-tiba mendapati seekor ular tedung selar sedang bergayut di atas alang rumah yang berada betul-betul di atas kepalanya.
Kejadian berlaku awal pagi tadi semasa wanita berkenaan baharu memasuki dapur untuk memasak.
Sofiah Ismail, 53 tahun, dari Kampung Kenangan Jeneri di sini menceritakan, semasa kejadian dia ingin menyediakan sarapan untuk keluarganya.
Pada mulanya, dia terdengar bunyi kuat seperti ayam hendak bertelur tetapi tidak menyangka ia datang dari ular tedung selar terbabit.
Dia yang panik terus memaklumkan kepada suaminya sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aisyah Mohd Napiah berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 7.30 pagi, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba, anggotanya mendapati ular tedung selar sepanjang 2.5 meter itu cuba menyembunyikan diri di belakang almari dapur di dalam rumah.
Anggotanya berhempas-pulas mengumpan ular itu yang berada hujung almari dapur untuk keluar dari tempat sempit kerana ia sentiasa mengembangkan kepalanya dan mahu menyerang anggota APM.
Bimbang dengan keadaan reptilia yang semakin agresif, anggota APM cuba mengalihkan perhatian ular berkenaan dan ia kemudiannya berjaya ditangkap menggunakan pencakuk.
Ular itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Sik untuk tindakan lanjut.
Haisul Aishah berkata, ketika ini musim reptilia berbisa ini mengawan dan bertelur sudah bermula, jadi ia akan mencari lokasi panas untuk mengeram telurnya.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan terus menghubungi talian 999 jika berdepan reptilia berbisa agar tidak mengancam nyawa.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 22 2020
Anggota APM menangkap ular tedung selar sepanjang 2.5 meter itu menggunakan pencakuk selepas berjaya mengalihkan perhatiannya. - Foto APM
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Sangkakan ayam nak bertelur, rupanya ular tedung atas kepala
Seorang suri rumah berdepan detik cemas selepas seekor ular tedung selar secara tiba-tiba bergayut di atas alang rumah yang betul-betul berada atas kepalanya.