Vokalis asal kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, pada Khamis membuat permohonan maaf kepada masyarakat umum berikutan dia ditahan pihak polis baru-baru ini di Johor Bahru selepas disahkan positif dadah.
Bintang era 90-an itu membuat permohonan maaf tersebut dalam sesi sidang media berhubung keterlibatannya dalam menjayakan Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
"Apa yang berlaku adalah satu yang amat mendukacitakan bagi semua terutamanya ahli kumpulan Exists yang turut terlibat dengan apa yang berlaku pada saya. Saya sungguh kesal dan mengaku kesalahan diri saya.
"Saya mohon maaf kepada semua peminat atas apa yang berlaku pada saya dan saya akan cuba untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.
BACA: Mamat Exists dibebaskan dengan jaminan polis
BACA: Konsert reunion Exists berjalan seperti dirancang
Mengulas lanjut berhubung isu penahanannya, Mamat berkata, kes itu tidak melibatkan dirinya seorang lantaran wujud pihak ketiga, namun dia enggan mengulas lanjut ekoran siasatan yang masih dijalankan oleh pihak polis.
Bagi penganjur konsert Exists Reunion, Shirazdeen Karim berkata pihaknya telah melakukan perbincangan bersama pihak polis untuk membebaskan Mamat dengan jaminan polis.
Perkara itu dilakukan bagi memberi laluan kepada Mamat membuat persembahan pada konsert berkenaan termasuk memberi jaminan terhadap konsert yang akan berlangsung seperti yang dirancang.
"Konsep konsert ini adalah reunion dan ia tidak bermakna tanpa kehadiran Mamat, dan kami akan membantu Mamat dengan apa cara sekalipun untuk pastikan dia menjayakan persembahan semasa konsert nanti," katanya.
Antara perkembangan lain, Shiraz turut memaklumkan usaha dan rancangan untuk membantu Mamat dengan menghantar beliau ke pusat pemulihan sebaik sahaja selesai konsert tersebut.
“Pertama sekali ini adalah permintaan Mamat sendiri untuk dipulihkan dan ini termasuk ahli kumpulan Exists dan semua kawan-kawan, kita tak nak kehilangan bintang lagenda seperti ini”, katanya lagi.
Antara ahli kumpulan Exists yang turut hadir memberi sokongan termasuk Ajai, Ezad Lazim, dan gitaris Shah.
Konsert Exists Reunion akan berlangsung di dua lokasi berlainan yang bermula pada 28 September dan 5 Oktober di The Theatre Mediacorp, Singapura.
Hilmi Malik
Thu Sep 12 2019
Shiraz (kiri) turut memaklumkan usaha dan rancangan untuk membantu Mamat dengan menghantar beliau ke pusat pemulihan sebaik sahaja selesai konsert tersebut. - Astro AWANI
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC
Hampir 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.