Satu dompet dijumpai di sebuah tandas di medan selera Presint 9 Putrajaya, penuh berisi wang kertas RM1.
Wang tunai RM1 itu padat diisi dalam satu sampul dengan nota tertulis 'Duit mama abah bila tua'.
Selain wang tunai RM1, turut ditemui pada dompet itu satu gambar berukuran pasport seorang kanak-kanak bertudung seolah-olah baru selesai gradusi tadika sambil memegang skrol beserta nama, Raudhah Umairah Binti Mursid.
Perkara itu membuatkan kita tertanya-tanya berapakah umur sebenar pemilik dompet itu apabila dia mempunyai pandangan jauh untuk menabung wang tunai RM1 demi masa depan ibu dan bapanya di hari tua.
Mungkin ada sesetengah pihak menganggap tabiat menabung RM1 itu satu perkara remah selain jumlah itu dianggap terlalu kecil.
Namun jika bagi seorang anak kecil yang masih bersekolah mungkin sanggup mengikat perut, menabung duit belanja harian ke sekolah adalah satu perkara yang mencabar dan menakjubkan jika dibandingkan golongan sebayanya.
Dompet misteri itu dikongsi pengguna sosial media Facebook Hajar Xiaojie MK atau nama sebenarnya, Siti Noor Hajar Jahaya, 26 tahun.
“Sayu rasa hati bila tengok, sebak sangat. Tebal sampul tersebut penuh dengan wang kertas RM1, mungkin dia simpan duit hari-hari.
"Kecil-kecil lagi sudah berfikir panjang untuk kedua orang tua, tengok gambar masih kecil lagi. Insaf bila tengok, moga adik terus berjaya jadi anak solehah ya,” tulis Hajar dalam status di laman Facebook.
Siti ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa dia sudah cuba menghubungi ibu kepada pemilik dompet itu menerusi Facebook namun belum menerima maklum balas dari pihak mereka.
Diharapkan mana-mana individu yang mengenali pemilik sebenar dompet tersebut dapat menghubungi Hajar Xiaojie MK di Facebook.
Semoga kisah anak kecil ini menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha berbakti kepada ibu bapa.
Ili Hadri Khalil
Thu Feb 08 2018
Gambar yang diletakkan pada sampul berisi wang kertas seringgit. - Foto Facebook/Hajar Xiaojie MK
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Siapa pemilik sampul 'Duit mama abah bila tua' ?
Satu perkongsian menyentuh hati oleh pengguna sosial media Facebook Hajar Xiaojie MK- berkongsi kisahnya terjumpa sebuah beg di tandas.