Surat kiriman petani, nelayan buat Salahuddin sebak

Surat kiriman petani, nelayan buat Salahuddin sebak
Salahuddin tidak mampu menahan air matanya apabila membaca surat kiriman dari wakil petani dan nelayan, Wak Ibas, ketika gimik majlis pelancaran kementeriannya pada Khamis. -foto BERNAMA
SERDANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya pada Khamis.

Beliau menangis ketika membaca surat yang diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud atau mesra dipanggil Wak Ibas, 77, ke tangan Salahuddin sebagai gimik pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat tersebut merupakan luahan rasa kebimbangan para petani serta nelayan di kawasan tersebut berikutan pemotongan elaun sara diri golongan itu.
Menurut Salahuddin, walaupun surat yang diserahkan Wak Ibas hanyalah gimik pelancaran tetapi isi kandungan surat tersebut adalah luahan sebenar golongan berkenaan.


“Selagi nyawa dikandung badan dan saya diberikan amanah menerajui kementerian ini, saya akan membela nasib warga petani, nelayan dan penternak ini.

“Siapa yang bertanggungjawab mengukuhkan dan meningkatkan taraf hidup golongan sasar ini jika bukan kita yang diberi kuasa dan ilmu untuk melaksanakannya,” kata Salahuddin dalam ucapannya di majlis tersebut.

BACA: Lima hala tuju dilancar, mantapkan sektor pertanian

BACA: MOA gesa kerajaan Pahang beri lanjutan 30 thn TOL kepada petani


Salahuddin juga turut berharap agar tuhan memeliharanya untuk membawa amanat itu supaya nasib golongan seperti Wak Ibas ini dapat diubah dan tidak membiarkan mereka terus berada di dalam tampuk kemiskinan.

Tag: Salahuddin Ayub, amanah, air mata, nelayan, petani, surat kiriman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.