Suspek kes bunuh tiga beradik yang maut ditetak di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk dekat sini semalam didapati positif dadah jenis metamfetamina dan ganja.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah namun dalam keadaan sedar semasa kejadian itu berlaku.
"Hasil siasatan ke atas suspek mendapati dia berada dalam keadaan sedar semasa kejadian tersebut kerana dia tahu siapa (mangsa) yang hendak dicarinya.
"Ini kerana jarak rumah antara suspek dan mangsa hanya kira-kira 400 meter sahaja dan suspek merupakan rakan sekerja dan kenalan kepada bapa mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.
BACA: Tragik! Tiga beradik maut dikelar
BACA: Insiden kelar Bagan Datuk: 'Aku dah tak ada apa-apa lagi' - Bapa mangsa
Mohd Marzukhi berkata suspek berjaya diberkas kira-kira 45 minit selepas kejadian yang berlaku di dua lokasi iaitu di kediaman mangsa dan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad.
"Selepas menetak ketiga-tiga beradik dan ibu mereka, suspek kemudian menuju ke sekolah itu yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mangsa," katanya.
Beliau turut memaklumkan seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan akibat terkena parang ketika bergelut dengan suspek semasa mahu menahannya.
Ditanya sama ada kejadian berkenaan bermotifkan dendam, Mohd Marzukhi berkata perkara itu masih dalam siasatan.
Dalam kejadian 2 petang semalam, suspek yang bekerja sebagai penyelenggara di sebuah agensi kerajaan telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibatkan kematian.
Kejadian tersebut turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018
Foto keluarga mangsa tiga beradik (dalam bulatan) yang maut akibat dilibas suspek.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Suspek tetak mati tiga beradik disahkan positif dadah - Polis
Siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah namun dalam keadaan sedar semasa kejadian itu berlaku.