awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
Peneroka haram Israel sekali lagi bakar rumah penduduk Palestin di Tebing Barat
Virus Nipah: Rakyat Malaysia yang melancong ke India digesa ambil langkah berjaga-jaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarahan Dr Zakir naik di UTeM diteruskan dengan tajuk baharu

Bernama
Bernama
12/04/2016
14:34 MYT
Syarahan Dr Zakir naik di UTeM diteruskan dengan tajuk baharu
Syarahan umum Dr Zakir Naik yang dijadual diadakan di UTeM Melaka, Ahad ini diteruskan dengan tajuk baharu iaitu 'Women's Rights In Islam'. - Foto BERNAMA
Syarahan umum Dr Zakir Naik yang dijadual diadakan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka, Ahad ini diteruskan dengan tajuk baharu iaitu 'Women's Rights In Islam'.
Pengarah Program Siri Syarahan Umum Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz berkata perkara itu diputuskan setelah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan selain mengambil kira sensitiviti dan pandangan orang ramai.
MESTI BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
MESTI BACA: Timbalan Ketua Menteri kesal panggil Dr. Zakir Naik 'syaitan'
"Tajuk syarahan Dr Zakir Naik di Melaka sebelum ini ialah 'Similarities Between Hinduism and Islam' namun kami membuat keputusan untuk menukar kepada tajuk baharu kerana tajuk asal adalah sensitif," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan membenarkan tokoh pendakwah dari India itu mengadakan syarahan di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya.
BACA: Pihak Dr Zakir Naik belum terima arahan bertulis daripada polis
BACA: Dr Zakir boleh ceramah tetapi bergantung kepada tajuk - KPN
Di GEORGE TOWN, program syarahan ilmu oleh Fariq Naik, anak kepada Dr Zakir, bertajuk 'Misconceptions About Islam' yang dijadual berlangsung di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Jumaat ini dibenarkan dengan dua syarat.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata perbincangan khas Exco kerajaan negeri pagi ini memutuskan untuk membenarkan program berkenaan diteruskan dengan syarat ia tidak menyentuh dan merendahkan agama lain serta penganjur memaklumkan program itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Rakyat pelbagai kaum boleh menghadiri untuk mendengar dan bersama-sama di wacana ilmu ini demi kesejahteraan dan perpaduan kaum di negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata polemik hangat di media massa berhubung isu kehadiran Dr Zakir Naik di beberapa lokasi di negara ini turut memberi kesan kepada penganjuran program syarahan anjuran Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu.
Bagaimanapun, Mohd Rashid berkata isu berkenaan perlu ditangani dengan bijaksana demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat.
Topic Berkaitan
#ceramah
#Dr Zakir Naik
#Melaka
#utem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan