Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada tiga anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.
Ini berikutan wanita masa kini lebih memberi tumpuan kepada peningkatan kerjaya mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan ia adalah isu penting yang mendapat perhatian kementeriannya kerana faktor ini mampu menyekat pertumbuhan penduduk andai tiada langkah diambil untuk menanganinya.
"Pemikiran wanita sekarang adalah berbeza berbanding wanita sebelum ini. Mereka kini lebih menitikberat kerjaya, sekali gus mengakibatkan mereka mengabaikan keperluan mendapatkan anak," katanya selepas merasmikan Persidangan Persatuan Populasi Asia ke-3 (APA), di sini pada Isnin.
Menurutnya satu lagi punca penurunan kesuburan di kalangan wanita Malaysia adalah mereka lebih memilih bersendirian daripada berkahwin kerana menganggapnya satu halangan untuk meningkatkan kerjaya.
Berikutan itu, Rohani berkata kementeriannya sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kesedaran yang masih dianggap rendah ketika ini.
"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memberi kesedaran di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai bengkel dan ceramah untuk mendidik wanita akan keperluan meningkatkan tahap kesuburan di negara ini," katanya.
Mengenai Persidangan APA, Rohani berkata Malaysia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium (MDGs), yang dibuat pada tahun 2000.
"Saya berbesar hari untuk menyatakan kementerian saya sudah mencapai sasaran ICPD-Poa dan MDGs terutama dalam mengurangkan kemiskinan, persamaan gender, pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif remaja," katanya.
Persidangan empat hari itu disertai 600 peserta dari 40 negara Asia yang melibatkan pembuat dasar dan pakar kesihatan.
Bernama
Tue Jul 28 2015
M'sia mencapai banyak sasaran yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun dalam Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA) yang berakhir tahun lalu dan Pembangunan Milenium. - Gambar Fail
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Tahap kesuburan wanita Malaysia menurun - Rohani
Tahap kesuburan di kalangan wanita Malaysia menunjukkan penurunan mendadak sejak kebelakangan ini daripada 3 anak bagi setiap wanita pada 2000 kepada 1.9 anak pada 2012.