Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki menampar seorang wanita di khalayak ramai hanya kerana tidak bertudung.

Lelaki tersebut dikatakan mengherdik sebelum menampar seorang wanita yang dipercayai warga asing kerana wanita tersebut tidak bertudung.

Kejadian yang berlaku di sebuah perhentian bas di Pulau Pinang di rakam oleh rakan mangsa. Video tersebut kemudiannya tular di media sosial dan turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Video yang menunjukkan perbuatan agresif lelaki itu mendapat kecaman dari netizen. Bukan itu sahaja, pengacara dan pelakon, Neelofa turut menentang perbuatan yang tidak bermoral itu.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu merasa kecewa dengan tindakan yang tidak bermoral lelaki tersebut.

“Adakah ini caranya kita mahu Islam dan Malaysia dilihat oleh orang luar?

“Lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan menggunakan cara kekerasan,” katanya menerusi laman media sosial Instagram miliknya.


Malah, tindakan Neelofa itu turut disokong oleh pengguna Instagram menerusi ruangan komennya.