Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengambil tindakan terhadap pelajar tajaannya yang menyertai himpunan Tangkap M01 (#TangkapMO1) yang berlangsung di ibu negara, Sabtu lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun belum menerima sebarang laporan berkaitan penuntut tajaan MARA.


Himpunan yang berlangsung Sabtu lalu tidak mendapat kelulusan dan pelajar tidak dibenarkan menyertai mana-mana demonstrasi haram.

“Kita akan siasat, setakat ini tak ada laporan lagi tapi kalau ada kita ambil tindakan kerana himpunan ini haram walaupun himpunan di bawah Akta Himpunan Aman tapi syarat berhimpun di kawasan yang ditetapkan oleh polis tapi kalau luar kawasan yang ditetapkan pergi ke kawasan itu dianggap haram, mana pelajar yang sertai kita akan ambil tindakan.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis ‘Moh Ngeteh’ Hari Kebangsaan 2016 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada Ahad berkata mereka yang menganjur perhimpunan itu telah melanggar undang-undang dan akan disiasat menurut Seksyen 4, Akta Perhimpunan Aman.

TangkapMO1

BACA: #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand

BACA: Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman

Noor Rashid turut berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya tanpa kebenarana polis.

Pada Sabtu, gerakan mahasiswa menganjurkan himpunan #TangkapMO1 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur yang disertai lebih 1000 mahasiswa.