Tempoh penamaan calon yang kini hanya satu jam perlu dipanjangkan bagi memberi kemudahan kepada bakal calon pada sesuatu pilihan raya, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara 15 agenda reformasi yang dikemukakan ERC bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih telus dan tersusun.
"Kita perlu buat sesuatu yang tidak menyusahkan dan memberi kemudahan kepada mereka yang mahu menjadi calon. Tidak sesuai masa sekarang ini kita bagi mereka satu jam sahaja... dalam satu hari pergi berebut ke penamaan calon dengan membawa penyokong ramai bersorak serta membuat provokasi.
"Tidak ada lagi negara buat macam kita, jadi ERC kemukakan perkara ini supaya penamaan boleh dibuat dalam masa lima hari misalnya. Oleh itu, bakal calon mempunyai banyak masa dan boleh senyap-senyap pergi masuk dan daftar diri mereka," katanya semasa menjadi tetamu dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Beliau berkata antara lain yang boleh dilakukan ialah dengan memberikan kemudahan kepada bakal calon untuk mendaftar diri secara dalam talian.
BACA: Laporan awal ERC dijangka akhir tahun ini
BACA: ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal
"Oleh itu, mereka tidak perlu datang ke tempat penamaan calon, di rumah sahaja dia boleh taip dan daftar masuk sebagai calon dan selepas empat kelima hari barulah dipamerkan kepada umum," katanya.
Justeru, katanya ia akan memastikan proses berkenaan menjadi lebih teratur dan tenteram serta lebih demokratik.
Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata ada juga cadangan supaya pengumuman tarikh pilihan raya umum dilakukan enam bulan lebih awal seperti yang diamalkan di negara-negara maju.
Jelasnya, ia akan memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persediaan dan mengelakkan pembaziran manakala parti politik yang bertanding pula bersedia mencari dana bagi pilihan raya tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019
Abdul Rashid mencadangkan diberi kemudahan kepada bakal calon untuk mendaftar diri secara dalam talian bagi menjadikan proses tersebut lebih teratur dan tenteram serta lebih demokratik.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Cadangan Reformasi Sistem Pilihan Raya untuk keadilan dalam pertandingan
Reformasi Sistem Pilihan Raya dicadangkan supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding secara adil.
Tempoh penamaan calon perlu dipanjangkan - Pengerusi ERC
Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara 15 agenda reformasi yang dikemukakan ERC bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih telus dan tersusun.
Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
Tun M akan kotakan janjinya - Tan Sri Rashid
Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, Lim sepatutnya menaruh kepercayaan berdasarkan jaminan Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.
Laporan Interim ERC diserah kepada PM tujuh bulan lagi
Penambahbaikan undang-undang itu katanya akan dilakukan pakar yang berkaitan dan laporan interin akan didedahkan kepada umum.
Dakwaan ada undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir mungkin 'kerja' cybertroopers
Buat masa ini, semakin ramai orang sukakan Tun Dr Mahathir dan ramai mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri.
Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC - SPR
Laporan pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletakkan di bawah pengawasan ERC yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Itu pandangan peribadi Rashid - Tun Mahathir
Kenyataan Naib Presiden Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengarahkan pemberian kontrak secara kronisme adalah pandangan peribadi beliau.
Jangan polemik isu beri kontrak kepada ketua bahagian - Abu Bakar
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, cadangan tersebut hanya pandangan peribadi dan bukan satu keputusan atau ketetapan yang dipersetujui sebulat suara parti itu.
'Rakyat Malaysia tidak bodoh' - Syed Saddiq kecam kenyataan Abdul Rashid
Syed Saddiq juga menegaskan pemimpin pemuda parti komponen Pakatan Harapan juga menentang usaha mengembalikan amalan tersebut.