awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Sarawak diingat pertahankan maruah negeri
FAM maklum FIFA, AFC mengenai peletakan jawatan semua Exco
[TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih Hindraf' - Dr Zakir Naik

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2016
09:07 MYT
'Terima kasih Hindraf' - Dr Zakir Naik
Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mengucapkan terimak kasih kepada Hindraf atas publisiti yang diterima untuk ceramahnya di Melaka.
Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) atas publisiti yang diterima untuk ceramahnya di Melaka pada Ahad ini.
“Pertama sekali saya ingin berterima kasih dengan Hindraf. Saya ingin berterima kasih atas publisiti percuma ini kerana sekarang saya bercakap kepada hadirin yang lebih besar.
“Kedua, saya ingin berterima kasih kerana menyatukan umat Islam [...] apabila musuh datang, ia akan menyatukan lagi umat Islam,” kata beliau ketika sesi soal jawab setelah menyampaikan ceramah bertajuk 'Does God Exist?' (Adakah Allah Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu malam tadi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah walaupun tajuk ceramah ditukar dari 'Similarities Between Hinduism and Islam' kepada 'Women's Right In Islam'.
"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di Melaka akan bertambah.
"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah saya ini," katanya.
Ceramah pada malam tadi dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.
BACA: Syarahan Dr Zakir naik di UTeM diteruskan dengan tajuk baharu
BACA: Dr Zakir dibenar berceramah di Melaka, tetapi perlu tukar tajuk - Zahid
Topic Berkaitan
#Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu
#Dr Zakir Naik
#hindraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan