Tutup

Tiada lagi pemakaian baju lokap oren SPRM - Latheefa

Tiada lagi pemakaian baju lokap oren SPRM - Latheefa
Latheefa Koya dalam satu temu bual eksklusif bersama The Malaysian Insight berkata tahanan SPRM dibenarkan membawa baju sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat keputusan untuk menghentikan pemakaian baju lokap oren terhadap tahanan SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu temu ramah eksklusif bersama portal The Malaysian Insight pada Isnin berkata,  pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.

Latheefa dipetik sebagai berkata, tahanan di bawah SPRM dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah.

Dalam satu mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI hari ini, Latheefa mengesahkan satu kenyataan ringkas akan dikeluarkan pihaknya seawal esok.
'Esok saya akan keluarkan kenyataan ringkas, InsyaAllah," jawabnya.



Tag: SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya, baju lokap oren, tahanan SPRM, pakaian sendiri, Malaysia Baharu, Berita Nasional



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.