“Let’s move on. The country needs healing." (Mari teruskan kehidupan. Negara ini perlu pulih).
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran terbaru di akaun media sosialnya mengajak rakyat Malaysia supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan berkaitan isu Dr Zakir Naik.
Dalam satu hantaran terkini di Instagram, beliau memuat naik gambar sesi pertemuan dengan penceramah bebas yang berasal dari India berkenaan.
“Tidak ada seorangpun dalam dunia ini yang bebas dari melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur,” katanya menerusi kapsyen.
Tambah Syed Saddiq, mana-mana pihak pun tidak perlu untuk mendabik dada apatah lagi menghina dan mencaci.
“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama. We believe in moderation over extremism. (Kita percaya pada kesederhanaan berbanding ekstremisme). Kesatuan kita, adalah kekuatan kita.
“Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama,” pesan Syed Saddiq.
Dr Zakir Naik mencetus kontroversi sejak beberapa minggu lalu berikutan isi ceramahnya yang didakwa mengguris perasaan etnik tertentu di negara ini.
Sebagai reaksi balas, ada tekanan yang dibuat oleh beberapa pihak supaya Zakir tidak dibenarkan lagi menyampaikan ceramah dan dihantar pulang ke negara asalnya.
Pada 14 Ogos lalu, ketika isu itu masih panas, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.
Menerusi kenyataan aplikasi WhatsApp untuk menjawab soalan media, Syed Saddiq turut bersetuju dengan gesaan beberapa menteri Kabinet agar Zakir dihantar pulang.
Pada 22 Ogos, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Zakir tidak akan dihantar pulang sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.
Astro Awani
Sat Aug 24 2019
Zakir (kiri) dalam satu pertemuan dengan Syed Saddiq. - Instagram @suedsaddiq
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Penganjur konsert kontroversi di Kedah tampil mohon maaf
Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya.
Fokus kepada solidariti bukan perkara kontroversi - Mohd Na'im
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini.
Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.
Anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif ekoran kritikan
Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri.
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.
Piala Dunia Qatar: Saya cakap bila saya mahu - Cristiano Ronaldo
Semangat Cristiano Ronaldo kini berkobar-kobar berikutan berjuta-juta orang memandang tinggi kepadanya menjelang Piala Dunia Qatar 2022 selepas wawancara kontroversinya dengan Piers Morgan disiarkan.
Menteri Ekonomi Jepun letak jawatan susulan skandal
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu bahawa pengganti Yamagiwa akan diumumkan pada Selasa.
"Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Jika terus khayal dengan glamor, Aliff Syukri bimbang dilabel orang tua tidak sedar diri!
'Saya tak melarikan diri' - Presiden FAM
"Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat. Saya mahu berita mengenai perkara ini dilaporkan."
Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka buruk? - Ebit Lew
Ebit tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.