Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Kejadian berlaku sekitar jam 3 hingga 3.30 petang Rabu, ketika ketiga-tiganya sedang mandi manda di sungai berhampiran rumah panjang Augustine Meringai. - Foto Astro AWANI
SIBU: Kegembiraan dan keterujaan tiga bersaudara pulang ke rumah panjang untuk menyambut Hari Gawai bertukar tragedi apabila ketiga-tiganya dikhuatiri lemas dalam insiden petang tadi di Sungai Nanga Tutus Igan di sini.
 
Kejadian berlaku sekitar jam 3 hingga 3.30 petang Rabu, ketika ketiga-tiganya sedang mandi manda di sungai berhampiran rumah panjang Augustine Meringai.
 
Butir penuh kejadian masih belum diperolehi, namun identiti mangsa dikenal pasti sebagai Teerince Gong Tommy,14, adiknya, Trisha Janggok Tommy, 12, dan sepupu mereka, Nurul Syahiera Salam,13. Dua daripada mangsa adalah remaja perempuan.

Foto Astro AWANI
 
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.10 petang dan sebuah jentera bomba dan sebuah bot diatur gerak ke lokasi berserta kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungei Merah.
 
"Setiba di lokasi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan, dengan bantuan penduduk kampung dan beberapa agensi penyelamat.

Namun sehingga jam 7.00 malam semalam, operasi gagal menemui sebarang petunjuk dan dihentikan.
 
Pada 25 Mei tahun lepas, seorang nenek, menantu dan cucunya mati lemas setelah bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak dalam tragedi menjelang Gawai di Sungai Nanga Entabai, Julau.
 

Tag: bomba, lemas, mangsa, karam, bot, operasi, Augustine Meringai


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.