Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pengawal keselamatan kerana membunuh kekasihnya dengan menikam wanita itu 76 kali, hampir tujuh tahun lepas.
Panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Hasan Lah mengekalkan keputusan bahawa sabitan terhadap Muhammad Faizul Mohd Ali atas kesalahan itu adalah kukuh.
Beliau menolak rayuan akhir Muhammad Faizul terhadap sabitan dan hukuman mati itu dengan menyatakan rayuan itu tidak mempunyai sebarang merit.
Sementara itu, Muhammad Zal Haziq Razali, iaitu rakan Muhammad Faizul, terselamat daripada tali gantung setelah mahkamah melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh kerani bank berusia 36 tahun, Rozana Mohd Yusak.
Muhammad Faizul dan Muhammad Zal Haziq, yang mengganggur, menghadapi pertuduhan bersama membunuh di apartmen rumah kedai si mati di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, daerah Gombak, Selangor, antara tengah malam dan 1.15 pagi pada 21 Dis 2011.
Hakim Hasan berkata mahkamah bersetuju dengan penghujahan peguam Rao Jayananda yang mewakili Muhammad Zal Haziq bahawa tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan anak guamnya dengan pembunuhan itu.
Hakim lain yang turut bersidang bersama Hakim Hasan ialah Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.
Kedua-dua lelaki itu disabitkan dengan pembunuhan itu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2016 dan rayuan mereka pulak ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Jayananda berhujah Muhammad Zal Haziq mengikut Muhammad Faizul ke rumah si mati untuk merompak tetapi tiada bukti yang menunjukkan wujud niat bersama kedua-dua lelaki itu untuk melakukan pembunuhan.
Beliau berkata Muhammad Zal Haziq tidak masuk ke apartmen si mati, sebaliknya berdiri di luar pintu, manakala Muhammad Faizul pula pergi ke dapur untuk mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa beberapa kali.
Peguam Ridha Abdah Subri, mewakili Muhammad Faizul, berhujah kes itu sepatutnya dibicarakan semula oleh kerana anak guamnya tidak dibenarkan menilai semula keterangan yang diberikannya semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya pada perbicaraan kes itu, Muhammad Faizul berkata dia tidak ingat keterangan yang diberikannya sebelum itu ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas.
Dalam pembelaannya, Muhammad Faizul mengakui ada mengambil dadah dan meminum alkohol. Katanya si mati telah memarahinya dan tanpa disedari, dia menikam wanita itu menggunakan pisau yang diambilnya dari dapur.
Katanya, dia tidak sedar apa yang dilakukannya dan tidak ingat berapa kali dan di bahagian mana tubuh mangsa yang ditikamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad berkata terdapat keterangan yang amat banyak menunjukkan wujud niat bersama antara kedua-dua lelaki berkenaan untuk melakukan pembunuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pengawal keselamatan kerana membunuh kekasihnya dengan menikam wanita itu 76 kali, hampir tujuh tahun lepas. -Gambar hiasan
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Tikam kekasih 76 kali: Hukuman mati kekal
Beliau menolak rayuan akhir Muhammad Faizul terhadap sabitan dan hukuman mati itu dengan menyatakan rayuan itu tidak mempunyai sebarang merit.