Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pasar raya yang didapati cuba mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan memaksa mereka membeli penutup mulut dan hidung pada harga yang tinggi sebelum memasuki premis mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata semua pasar raya diingatkan agar mematuhi harga siling yang ditetapkan kerajaan bagi penutup hidung dan mulut tiga lapisan iaitu pada harga RM1.50 seunit.
"Orang ramai perlu buat aduan jika ada pasar raya yang bertindak sedemikian. Kita akan jalankan siasatan dan kalau benar perkara itu berlaku, ada pasar raya yang melanggari undang-undang itu.
"Kami boleh ambil tindakan terhadap pasar raya terbabit," katanya pada sidang media selepas melawat kilang MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd pada Rabu.
Satu portal berita pada Rabu melaporkan pengurusan sebuah gedung pakaian terkenal di Kelantan didapati mengenakan syarat semua pengunjung memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di dalam premisnya mengambil kesempatan menjual barangan itu dengan harga RM10 untuk lima keping atau RM2 sekeping.
Sementara itu, Nanta berkata mi segera menjadi laris sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas sehingga semalam.
"Pada 18 Mac lalu, kadar keberadaan mi segera di pasaran adalah 63.16 peratus dan kadar keberadaan makanan itu meningkat sangat stabil kepada 98.10 peratus pada semalam," katanya.
Dalam perkembangan lain, menurut beliau Skim Kawalan Harga Musim Perayaan terhadap 11 jenis barangan sempena perayaan utama yang bakal menjelang iaitu Hari Raya Aidil Fitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai akan dilaksanakan selama tujuh hari dan tarikh pelaksanaannya akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau berkata sejak 18 Mac sehingga semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan 53,349 pemeriksaan dan pemantauan premis perniagaan bekalan dan harga membabitkan 1,427 pengilang, 11,453 pemborong dan 40,469 peruncit .
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020
Alexander Nanta Linggi (kanan) berkata semua pasar raya diingatkan agar mematuhi harga siling yang ditetapkan kerajaan bagi penutup hidung dan mulut tiga lapisan iaitu pada harga RM1.50 seunit. -Bernama
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kempen #BenderaPutih: Jangan salah guna - Faizal Azumu
Ini kerana ia dibimbangi akan menyebabkan bantuan tidak sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Banyak warga tempatan jadi dalang jenayah rentas sempadan - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, situasi itu tidak harus dibiarkan berlanjutan kerana akan merugikan dan menjejaskan kesejahteraan negara.
Tindakan tegas terhadap pasar raya jual mahal penutup mulut dan hidung
Semua pasar raya diingatkan agar mematuhi harga siling ditetapkan kerajaan bagi penutup hidung dan mulut iaitu pada harga RM1.50 seunit.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Harga turun, pelaksanaan GST kian stabil - Alias
Alias bagaimanapun tidak menafikan terdapat peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menaikan harga barang, termasuk barangan yang berkadar sifar GST.
Peniaga lakukan kesalahan GST perlu didakwa segera - Ahmad Maslan
Rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan pelaksanaan GST, sehingga membebankan hidup mereka.