Seorang pekerja kimpalan maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah kilang berhampiran Taman Pertama di sini tengahari tadi.

Mangsa yang berusia 49 tahun dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemasangan di atas "staging" besi ketika kejadian tersebut berlaku.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Ariff Saidin berkata mangsa pada ketika itu sedang melakukan pemasangan ekzos kipas di kilang tersebut.

"Mangsa yang membawa set peralatan pada ketika itu telah pengsan di atas ‘staging’ tersebut dan kemudiannya dibawa turun oleh pekerja kilang dengan menggunakan jentera pengangkut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mangsa diserahkan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sekitar 1.46 petang.