awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kimpal maut terkena renjatan elektrik semasa pasang ekzos kipas

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
08/04/2016
10:23 MYT
Tukang kimpal maut terkena renjatan elektrik semasa pasang ekzos kipas
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berada di lokasi kejadian. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Seorang pekerja kimpalan maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah kilang berhampiran Taman Pertama di sini tengahari tadi.
Mangsa yang berusia 49 tahun dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemasangan di atas "staging" besi ketika kejadian tersebut berlaku.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Ariff Saidin berkata mangsa pada ketika itu sedang melakukan pemasangan ekzos kipas di kilang tersebut.
"Mangsa yang membawa set peralatan pada ketika itu telah pengsan di atas ‘staging’ tersebut dan kemudiannya dibawa turun oleh pekerja kilang dengan menggunakan jentera pengangkut.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mangsa diserahkan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sekitar 1.46 petang.
Topic Berkaitan
#Ariff Saidin
#bomba dan penyelamat
#ekzos kipas
#kejutan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan