Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi Nishan-e-Pakistan atau ‘Order of Pakistan’ - yang merupakan anugerah awam tertinggi oleh Kerajaan Pakistan.

Anugerah yang disampai oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi pada Jumaat seiring sumbangan Dr Mahathir kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr itu dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Hadir sama pada majlis itu adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Nishan-e-Pakistan merupakan anugerah awam tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Pakistan kepada pemimpin yang menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Pakistan termasuk di peringkat antarabangsa.

BACA: Lawatan rasmi ke Pakistan: Keganasan, Islamofobia jadi fokus Mahathir, Imran

BACA: Dr Mahathir diberi sambutan negara di Pakistan

Dr Mahathir serta delegasi kemudian diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan oleh Dr Arif.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Dr Arif.