Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim menyempurnakan pembacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, hari ini.

Foto-foto majlis berkenaan dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO) sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Tunku Tun Aminah dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah, esok.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan menghadiri majlis diadakan secara sederhana tersebut, lapor portal Berita Harian pada Ahad.

BACA: 'Sebagai suami isteri, kami akan tinggal di rumah sendiri' - Tunku Aminah

Tun Aminah
BACA: Pekerja istana terharu terima jemputan kahwin Tunku Aminah

BACA: Persiapan perkahwinan Diraja Johor berjalan lancar

BACA: Istiadat perkahwinan diraja Johor: Rakan zaman kanak-kanak tidak dilupakan

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Kerabat Diraja Perak serta isteri pegawai daerah seluruh Johor turut hadir sama di majlis tertutup itu.

Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Tunku Tun Aminah, Raimah Kemat