awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Haqimi Azim berhijrah ke Terengganu FC
CEO Apple Tim Cook akui kepenatan, mahu kurangkan tugas
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2020
09:04 MYT
Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini. - Gambar fail
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
Menurut Mohamed Azmin, keputusan tersebut membuktikan kes video seks yang sarat dengan kontroversi itu hanyalah mainan politik fitnah pihak tertentu.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan keputusan sebulat suara oleh Timbalan Pendakwa Raya ini membuktikan saya dibersihkan dari segala tohmahan, noktah segala fitnah,” kata Mohamed Azmin dalam reaksi segeranya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Pada masa yang sama beliau juga berterima kasih kepada isteri, keluarga dan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan sejak enam bulan lalu.
“Ini merupakan permulaan tahun 2020 yang baik bagi saya dan keluarga untuk terus bekerja,” ujarnya.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara berkata, tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.
BACA: Video Intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
BACA: Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara
BACA: Video Intim: "Saya tidak tahu apa-apa" - KPN
Pada Jun lalu, negara digemparkan dengan penyebaran sedutan video sepasang lelaki mengadakan hubungan intim.
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Setiausaha Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan secara terbuka yang dia merupakan seorang daripada pelaku dalam video itu.
Dia juga mendakwa, pasangannya dalam video intim itu ialah seorang menteri kanan yang juga pemimpin tertinggi parti politik.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Malaysia Baharu
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Tommy Thomas
#video intim
#video intim Azmin Ali
#video seks sejenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan