Video lucah: Ahli UMNO diseru tidak ambil kesempatan - Mohamad Hasan

Video lucah: Ahli UMNO diseru tidak ambil kesempatan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata, UMNO akan memfokuskan masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan, ahli serta pendukung parti UMNO diseru agar tidak terlibat atau atau mengambil kesempatan serta melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan susulan tersebarnya video skandal seks yang mirip seorang pemimpin kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, parti itu tidak akan terlibat dengan perkara yang mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.

"Marilah kita doakan agar sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh mana-mana pihak akan berakhir dengan cara yang terbaik untuk semua," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

BACA: "Sayalah lelaki dalam video itu..."
Menurut Mohamad, UMNO akan fokus masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu.

"Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian," katanya lagi.

BACA: 'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tukar mirip Menteri - Tun M

 


BACA: Sidang akhbar Azmin umum bercuti disahkan palsu - Pegawai Kementerian

Sejak Selasa, satu video lucah yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet tular di media sosial.

Sementara pada awal pagi Rabu pula, seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut.

Susulan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dalam video lucah itu.

Mohamed Azmin dalam menyifatkan tuduhan yang dibuat terhadapnya merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.

BACA: Video lucah: Azmin nafi terlibat, dakwa ada usaha jatuhkan beliau

Tag: UMNO, Mohamad Hasan, video, lucah, Mohamed Azmin Ali, Haziq Abdullah Abdul Aziz


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.