Wakil UM8 hari ini telah menghantar surat rayuan di pejabat Naib Canselor dan Tatatertib Pelajar.


Ini sejurus selepas pihak Universiti Malaya memberi masa kepada UM8 selama 14 hari untuk membuat rayuan.

Bekas Presiden PMUM, Fahmi Zainol berkata sekiranya pihak universiti masih lagi tidak memberikan sebarang kata putus, mereka akan membawa kes ini ke mahkamah luar.


UM8 ialah kumpulan terdiri daripada lapan mahasiswa yang didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh pihak universiti kerana terlibat dalam satu penganjuran perhimpunan haram pada Oktober lepas.

Penganjuran ‘Occupy UM8’ sejak 10 Disember oleh Mahasiswa UM ialah sebagai tanda solidariti penuh kepada UM8 agar pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap mereka.

Protes duduk bantah itu berakhir petang Isnin di Bangunan Canseleri Universiti Malaya (UM).

BERITA LANJUT MENYUSUL