awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8'

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
12/12/2014
13:15 MYT
DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8'
Sepasukan pegawai DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8' dan mengarahkan pelajar menurunkan sepanduk di sekitar lokasi.
Sepasukan pegawai DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8' yang terletak di hadapan pintu masuk UM kira-kira jam 7 petang tadi.
Mereka tiba dengan sebuah van dan kereta pacuan empat roda dan menanti arahan pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Inspektor Zon Induk Selatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Md Yazid Abu Zarin, berkata mereka diarahkan untuk menurunkan sepanduk di sekitar tapak 'Occupy UM8'.
DBKL, Occupy8
DBKL, Occupy8
Jane Tai (kanan) daripada Firma Guaman Bon Advocates cuba mendapatkan penjelasan pihak DBKL jika mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan sepanduk. -Semua gambar oleh Astro AWANI/ MARIAH AHMAD
"Tindakan ini dilakukan selepas mendapat beberapa laporan polis daripada orang awam sejak semalam.
"Tapi buat setakat ini, kami menunggu arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Kejadian berlaku selepas Datin Paduka Marina Mahathir dan bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah membuat lawatan di sekitar 'Occupy UM8' kira-kira jam 6:30 petang tadi.
Marina, UM8
Marina, UM8
Datin Paduka Marina Mahathir (tengah) bersama Datuk Saifuddin (kanan) melawat kawasan 'Occupy UM8'
Mereka hadir bersama selepas menghadiri forum "Human Rights Day: Freedom of Expression" yang dianjurkan Persatuan Undang-Undang UM di Auditorium Tun Mohamad Sufian, Fakulti Undang-Undang UM.
Marina dan Saifuddin hadir sebagai panel forum tersebut bersama pensyarah undang-undang UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom.
Sebelum itu, pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa yang berada di tapak 'Occupy UM8 ' kira-kira jam 3 petang tadi.
dyana
dyana
Dyana Sofya (dua dari kiri) turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Occupy UM8
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan