awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
[TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zuraida serah surat jawapan tunjuk sebab

Bernama
Bernama
29/01/2020
08:06 MYT
Zuraida serah surat jawapan tunjuk sebab
Zuraida Kamaruddin serahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin. - Gambar fail
Naib Presiden PKR. Zuraida Kamaruddin hari ini menyerahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin.
Surat jawapan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad di ibu pejabat PKR di sini pada 12.45 tengah hari Rabu.
Menurut Nor Hizwan, beliau mewakili Zuraida yang perlu hadir mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
"Pihak kami menerima notis (surat tunjuk sebab) daripada Lembaga Disiplin pada 15 Januari lalu dan pada hari ini, tepat 14 hari untuk menjawab surat berkenaan.
"Kami perlu teliti soalan yang dikemukakan, oleh itu kami ambil sedikit masa untuk jawab surat berkenaan dan ia ditulis sendiri oleh Zuraida setelah kami teliti pertuduhan itu," katanya kepada pemberita selepas selesai menyerahkan surat tunjuk sebab itu.
BACA: Zuraida akan jawab surat dalam tempoh ditetapkan
Nor Hizwan berkata, pihak Zuraida kini menyerahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim untuk meneliti jawapan tersebut bagi membuat sebarang keputusan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 18 Januari lalu dilaporkan berkata, PKR telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida berhubung dakwaan salah laku disiplin. - BERNAMA BACA: Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar
BACA: 46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta
Topic Berkaitan
#naib presiden pkr
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#serah surat jawapan tunjuk sebab
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan