awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2020
05:32 MYT
Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan keatas terhadap Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pimpinan parti itu tidak harus mencampuri urusan berkenaan.
“Ini urusan Lembaga Disiplin. Jadi kita tidak boleh paksa Lembaga Disiplin buat apa-apa keputusan. Saya tidak tahu apa lagi mereka tunggu, jawapan Zuraida.
"Saya pasti dia akan bagi keputusan yang baik dan pelantikan Lembaga Disiplin pun dibuat oleh pimpinan dan Datuk Ahmad Kassim menerangkan dia (Zuraida) telah menulis tetapi tidak diterangkan secara terperinci pada pimpinan kerana bukan pimpinan, proses itu dalam Lembaga Disiplin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: Zuraida akan jawab surat dalam tempoh ditetapkan
BACA: Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab - Saifuddin
BACA: 46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta
Terdahulu sebahagian pimpinan PKR menggesa tindakan disiplin terhadap Zuraida dihentikan serta-merta, sambil menyifatkan desakan itu sebagai satu gerakan 'mala fide' (berniat jahat).
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 46 pimpinan PKR termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), itu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka mengutarakan rasa kesal kerana masih terdapat usaha terancang bagi menggagalkan muafakat dan persefahaman yang sudah dicapai setakat ini.
Jelas kenyataan yang diwakili Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali itu, desakan terhadap Ahli Parlimen Ampang tersebut lebih menjurus kepada rasa cemburu terhadap kejayaannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Lembaga Disiplin
#Naib Presiden
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Presiden PKR
#rakyat
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan