Kenyataan keras yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sekumpulan pelajar universiti yang dikenali sebagai 'Gerakan Mahasiswa PRU13' (GM13) telah menerima maklum balas negatif daripada pergerakan pro-pelajar itu.

Dr Mahathir, dalam satu acara di Universiti Teknikal Melaka pada hari Sabtu berkata, niat kumpulan itu untuk bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Pekan Parlimen menunjukkan bahawa mereka tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah sentiasa membantu mereka dalam pendidikan mereka.

Malah, kumpulan ini juga dikatakan “melayan pihak yang membantu dengan teruk”.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Izaz Ismail, ketika dihubungi oleh Astro Awani, berkata bahawa pandangan Tun Mahathir itu adalah agak tidak adil dan katanya negarawan itu perlu tahu bagaimana untuk membezakan antara tanggungjawab kerajaan dan niat sebenar pelajar sendiri.

"Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menyediakan kami dengan pendidikan terbaik termasuk kemudahan infrastruktur tetapi persoalannya di sini ialah kita ingin melihat dan mencapai pentadbiran yang baru, adil dan telus di negara ini," kata Izaz.

Izaz mendakwa, terdapat banyak isu yang menyelubungi kerajaan ketika ini seperti penyalahgunaan kuasa, salah guna wang rakyat, penipuan dan rasuah.

Perkara tersebut membuatkan rakyat rasa dikhianati dan mahukan perubahan baru dalam pentadbiran negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata tidak menjadi masalah bagi calon pelajar untuk bertanding menentang Najib dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

"Apa yang saya boleh lihat di sini ialah, sifat keterbukaan kerajaan dalam mencapai proses demokrasi. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, pelajar tidak harus melibatkan dengan politik terutamanya dalam PRU13 kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar di bahu mereka iaitu memberi tumpuan pada pelajaran mereka, "kata Mohd Shahar.

Menurutnya, kenyataan yang disampaikan kepada kumpulan itu ada kebenarannya. Untuk menjadi seorang ahli politik, mereka terpaksa bersedia dari segi mental dan mempunyai kredibiliti sebelum membantu rakyat.

"Saya dapat melihat bahawa ada kumpulan tersebut mempunyai agenda tersembunyi dan bagi saya, mereka tidak mewakili suara pelajar keseluruhan termasuk saya," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana "rookie" bersaing dalam PRU13 kerana mereka sebenarnya telah ditolak oleh rakan-rakan mereka semasa pilihan raya kampus baru-baru ini.

"Untuk menjadi seorang wakil rakyat adalah tanggungjawab besar. Bagaimana mereka menguruskan rakyat kerana mereka tidak boleh menguruskan diri sendiri dengan betul dalam pendidikan dan pengurusan masa. Saya hanya berharap bahawa mereka tidak digunakan untuk mencapai matlamat mana-mana parti politik, "katanya.