awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'DAP seperti anak kecil', kata Nik Abduh

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2015
03:32 MYT
'DAP seperti anak kecil', kata Nik Abduh
Kata Nik Mohamad Abduh, kemarahan itu timbul hanya kerana PAS gagal memenuhi kehendak DAP. - Gambar fail
Parti DAP seumpama anak kecil yang menghentak-hentak kaki kerana tidak dapat apa yang ia mahukan, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian melalui status Facebooknya: “Jika DAP marah-marah tak puas hati dengan PAS, itu bukan bermakna PAS telah menzalimi atau tidak berlaku adil kepada rakyat Malaysia atau DAP.
Kata beliau, kemarahan itu timbul hanya kerana PAS gagal memenuhi kehendak DAP.
“Samalah macam anak-anak yang menghentak-hentak kaki tak puas hati di depan ibunya. Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ni bukan anak-anak lagi," ujar beliau.
Nik Mohamad Abduh dipercayai berkata demikian sebagai merujuk kepada isu yang sering dibangkitkan oleh DAP khususnya mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pernah berkata bahawa DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada tahun 2008 bukan kepunyaan DAP.
Menurutnya, PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.
Sementara itu, Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berpendapat bahawa PAS tidak boleh secara berterusan menjadi kuda tunggangan pakatan pembangkang sehingga memberi implikasi negatif kepada umat Islam, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti pakatan.
Topic Berkaitan
#DAP
#hudud
#nik abduh
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan