Kegagalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam menyatupadukan isu tanah di Kampung Baru menjadi bukti kelemahan Ahli Parlimen Titiwangsa itu dalam mengurus masalah di kawasan sendiri.
Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman menjelaskan, terdapat lebih 1,500 pemilik dan sehingga ke hari ini Johari masih gagal menyatukan semua pemilik tanah apatah lagi menjanjikan pembangunan.
"Sebagai anak jati Kampung Baru dan Titiwangsa, Johari dilihat gagal mengurus isu terbesar iaitu menyatukan pemilik tanah di Kampung Baru.
"Apa yang ada hanyalah janji retorik bulan dan bintang kepada kelompok tertentu bahawa beliau akan membangunkan kawasan Kampung Baru dengan pelan-pelan tertentu, namun masih gagal memenuhinya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Pembangkang cuba 'cah keting' kerusi Johari di Titiwangsa - Syed Ali
BACA: Pembangunan Kampong Bharu: Sehingga mata tertutup
Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, tindakan pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mencalarkan imej dan reputasi Johari dianggap tidak melakukan 'kerja rumah' terlebih dahulu.
Kata Syed Ali, cubaan itu seperti mengutip fakta di tepi jalan tanpa asas yang kukuh.
Dalam pada itu Syed Badli turut mengajak orang ramai ke kawasan pintu gerbang Kampung Baru dan melihat sendiri keadaan parkir kereta khususnya di waktu puncak.
"Sememangnya tiada sebarang saranan dari Ahli Parlimen untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Begitu juga masalah peniaga warga asing yang berleluasa kerana tiada penguatkuasaan yang sepatutnya.
"Tindakan menuduh saya memetik fakta tepi jalan adalah hujah yang paling lekeh boleh digunakan oleh Barisan Nasional (BN). Saya lahir, bersekolah dan membesar di Kampung Baru, Titiwangsa," ujarnya.
Tegasnya, dia akan bangkit menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kualiti urus tadbir seorang ahli parlimen, kerana merupakan pengundi di Parlimen Titiwangsa.
Katanya, kenyataan Syed Ali yang menyangkal dakwaan bahawa Johari gagal mengurus kawasan Parlimen Titiwangsa dengan baik, adalah sesuatu yang melucukan.
Tambahnya, sememangnya Ahli Parlimen Titiwangsa itu gagal menguruskan kawasan dan hanya kelihatan bila perlu tunjuk muka sahaja.
"Justeru saya ingin menasihatkan Syed Ali untuk tidak turut campur dalam kelemahan Johari mengurus kawasan Parlimen Titiwangsa.
"Tumpulah kepada kawasan Parlimen Cheras kerana beliau sendiri gagal untuk menunjukkan contoh yang baik di Cheras.
"Kerana itulah kelemahan beliau yang nyata, Barisan Nasional tidak dapat menguasai Cheras. Wajarlah pengundi Parlimen Cheras terus menolak calon BN di sana," jelasnya.
Astro Awani
Wed Mar 14 2018
SYED BADLI: Sebagai anak jati Kampung Bharu dan Titiwangsa, Johari dilihat gagal mengurus isu terbesar iaitu menyatukan pemilik tanah di Kampung Baru. - Gambar Facebook Syed badli Shah
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.