Keputusan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan presiden bukan untuk memecahkan undi seperti yang sesetengah pihak dakwa, kata setiausaha politiknya Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Beliau berkata, langkah ini dibuat bertujuan untuk kepentingan parti.
“(Keputusan) ini bukan percaturan politik, nak split vote atau rosak vote, ini adalah untuk kepentingan parti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Terdahulu, Megat Firdouz telah menghantar borang pencalonan Khairy kepada Ketua Urusetia Sekretariat Pemilihan UMNO, Datuk Azwan Aziz di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
BACA: Sah! Khairy bakal bertanding calon Presiden UMNO
Selain itu, beliau turut menghantar borang bagi membatalkan pencalonan Khairy sebagai naib presiden yang dihantar lebih awal sebelum ini.
Mengulas lanjut, Megat Firdouz berkata, keputusan Khairy bertanding presiden dibuat bagi memberi ruang kepada akar umbi bagi memilih calon yang dirasakan layak untuk mengembalikan dan menyegarkan perjuangan UMNO.
Firdaus Azil
Sun Jun 17 2018
Keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan akar umbi mempunyai pilihan yang lebih banyak sebagai pemimpin baharu
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Khairy bertanding Presiden UMNO bukan untuk pecahkan undi - Megat Firdouz
Keputusan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding jawatan presiden bukan untuk memecahkan undi seperti yang sesetengah pihak dakwa.