Tutup

Liew terkejut keputusan Bersatu mahu tubuh cawangan di Sabah

Liew terkejut keputusan Bersatu mahu tubuh cawangan di Sabah
LIEW: Pada PRU14 lepas, mereka tidak datang ke Sabah atas persefahaman menyerahkan kepada Warisan bersama PKR dan DAP, tiba-tiba sekarang mahu datang ke negeri ini? - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew terkejut dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin mengembangkan sayapnya ke negeri ini.

Menurut beliau ini kerana ada persefahaman antara Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Shafie Apdal ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Pada PRU14 lepas, mereka (Bersatu) tidak datang ke Sabah atas persefahaman menyerahkan kepada Warisan bersama PKR dan DAP.

"Tiba-tiba sekarang mahu datang ke negeri ini dan bekas ahli UMNO termasuk wakil rakyat akan menyertai Bersatu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam bersempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia di sini, malam tadi,
Liew, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun menyerahkan urusan lanjut keputusan itu kepada Mohd Shafie dan Dr Mahathir.

BACA: Shafie akui ada bekas pemimpin UMNO Sabah mahu sertai Warisan 
TONTON: Shafie tegaskan perjanjian Bersatu dan Warisan dihormati

Liew berkata yang pasti Mohd Shafie memimpin kerajaan negeri dengan baik dalam mengukuhkan kewangan untuk melaksanakan pembangunan negeri ini.

"Ia menerusi pakatan baik kerajaan negeri diterajui Warisan bersama bersama PKR, DAP dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)," katanya.

BACA: Bersatu masuk Sabah: DAP enggan ulas, tunggu penjelasan Shafie

BACA: Politik Sabah tidak berubah dengan kemasukan wakil pembangkang dalam Bersatu - Darrel 

Beliau berkata majoriti rakyat Sabah juga memberi sokongan terhadap kepimpinan Mohd Shafie.

Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir menyatakan Bersatu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota UMNO Sabah menyertainya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan.

-- BERNAMA