awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mereka veteran UMNO, mereka tahu cara nak tegur - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2018
05:51 MYT
Mereka veteran UMNO, mereka tahu cara nak tegur - Hishammuddin
Semua ahli UMNO tahu dan mempunyai pendekatan sekiranya mahu menyalurkan teguran terhadap parti. - Foto Bernama
Berdiri bersama di atas pentas pembangkang bukan cara ahli UMNO termasuk veteran untuk menegur kepimpinan parti.
Tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semua ahli UMNO tahu dan mempunyai pendekatan sekiranya mahu menyalurkan teguran terhadap parti.
Malah beliau percaya tiga veteran UMNO (Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Rais Yatim) hanya diperalat serta dipergunakan pembangkang pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Untuk makluman, kita mempunyai cara sendiri dan bukannya mereka (veteran) ini tidak tahu. Di penghujung pilihan raya umum baru mereka muncul dan saya tidak faham.
BACA: Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat
BACA: 'Bukan sesuatu yang pelik mereka sokong Tun M'
BACA: Pemecatan Rafidah dan Daim adalah wajar - Mustapa
"Jadi saya melihat mereka ini diperkuda dan diperalatkan pihak tidak bertanggungjawab. Apabila parti mengambil tindakan ke atas mereka (veteran) ini, jangan salahkan UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Rais yang menyifatkan UMNO adalah sebuah parti yang tidak boleh ditegur hingga menyiasat dirinya dan menggugurkan keahlian dua rakannya iaitu Rafidah dan Daim.
Terdahulu Hishammuddin hadir di Majlis Pemimpin bersama Rakyat Parlimen Pulai di Projek perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Johor Bahru, Johor.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#kepimpinan
#Malaysia Memilih
#Naib Presiden UMNO
#parti
#pemecatan
#Rafidah Aziz
#Rais Yatim
#Tun Daim Zainuddin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan