Pakatan Harapan (PH) mengakui bimbang peratusan keluar mengundi yang rendah di kawasan Permatang Pauh akan menyebabkan mereka berdepan risiko kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan pertembungan tiga penjuru di Permatang Pauh kali ini sebagai sengit dan tidak harus diambil mudah.
Katanya, walaupun kerusi itu disandang PKR sejak tahun 1999 lagi, namun PH tidak menafikan kekuatan yang dimiliki Barisan Nasional (BN) dan Pas di kawasan itu.
"Kita tidak ambil mudah perkara ini dan saya sangat bimbang jika rakyat tidak keluar mengundi. Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah sangat penting untuk memastikan kemenangan kita di semua tempat," katanya pada sidang media di Yayasan Aman, Permatang Pauh pada Ahad.
Tambah Nurul Izzah, pihak lawannya mempunyai jentera pilihan raya yang kuat sekali gus memaksa pihaknya bekerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi pada pilihan raya umum kali ini.
Justeru katanya, selain berusaha menyelesaikan isu dan kebajikan penduduk setempat, Nurul Izzah berkata, PKR akan turut menumpukan usaha bagi memenangi hati pengundi terutamanya kaum Melayu.
Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Nurul Izzah, calon BN, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, dan calon Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Astro Awani
Sun Apr 29 2018
Nurul Izzah sifatkan pertembungan tiga penjuru di Permatang Pauh kali ini sebagai sengit. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Enam cedera serangan Dron Russia di wilayah Kharkiv, Dnipro
Russia melancarkan serangan dron ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kerosakan infrastruktur kritikal pada bangunan komersial dan kediaman, kata pegawai wilayah.
Lebih 80 migran diselamatkan di luar pantai Libya
87 migran termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan pihak berkuasa Itali di laut Mediterranean, di luar pantai Libya.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Kendall rasai sendiri ujian jet pejuang F-16 menggunakan AI
Sebuah jet pejuang F-16 bagi tujuan ujian yang membawa Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall mencipta sejarah apabila dikawal sepenuhnya teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Polis Kanada dakwa tiga individu
Polis Kanada menahan dan mendakwa tiga lelaki India pada Jumaat atas pembunuhan Ketua Pemisah Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lalu.
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.