awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas sokong rasuah atas nama Islam - Anwar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
22/02/2019
12:43 MYT
Pas sokong rasuah atas nama Islam - Anwar
ANWAR: Tiada pemimpin dalam Pakatan Harapan yang mengetahui tentang usul undi tidak percaya ini kecuali Pas. - Astro AWANI/Fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pas menyokong dan mempertahankan rasuah atas nama Islam dan selepas ianya gagal, parti itu cuba membuat spekulasi tentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.
Tegas Anwar, spekulasi usul undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir itu merupakan percubaan Pas untuk menanam benih-benih perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga menjelaskan tiada pemimpin dalam PH yang mengetahui tentang usul undi tidak percaya ini kecuali Pas.
"Menariknya perkara ini datang dari Pas, jadi kita tidak tahu sama ada mereka bercakap benar atau berbohong kerana itu mesej konsisten mereka, bohong itu dibenarkan.
"Hari ini saya bertemu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada siapa antara kami mendengar tentang usul tersebut, yang tahu pasal itu cuma Pas.
"Memandang mereka gagal, mereka menyokong rasuah atas nama Islam, mereka mempertahankan rasuah atas nama Islam, pilihan yang mereka ada adalah membuat spekulasi tentang usul undi tidak percaya itu," katanya selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Thirukkal di Universiti Malaya pada Jumaat.
Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH yang merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.
BACA: Pembelotan dalam PH? Anwar dakwa Pas mahu elak isu dana RM90juta
BACA: Pas nafi dakwaan tidak sokong UMNO dalam PRK Semenyih
BACA: Pas akan sokong Tun M jika berlaku pengkhianatan dalam PH - Takiyuddin
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PAS
#undi tidak percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan