Pemuda Pas dalam satu kenyataan media hari ini mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Al-Mursyidul Am Pas yang baharu.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, pelantikan tersebut selaras dengan Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS.

“Pelantikan Dr Haron dilihat sebagai satu inisiatif untuk menyatukan saf anggota dan pimpinan Pas.


Haron Din dilantik Mursyidul Am Pas

"Beliau juga dilihat mampu untuk memandu Pas dalam meneruskan agenda tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik) di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Suhaizan dalam kenyataan tersebut.

JUGA BACA: Haron Din dipilih Mursyidul Am Pas yang baharu

Pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 13 Februari lalu.