awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemecatan Husam sah, surat sampai atau tidak hanya isu teknikal - Mohd Amar

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2016
15:51 MYT
Pemecatan Husam sah, surat sampai atau tidak hanya isu teknikal - Mohd Amar
Tidak timbul soal lewat menerima surat atau sebagainya yang hanya berupa isu teknikal apabila keputusan tersebut telahpun dimuktamadkan. -Gambar fail
Pemecatan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa sebagai ahli parti adalah sah.
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tidak timbul soal lewat menerima surat atau sebagainya yang hanya berupa isu teknikal sedangkan keputusan tersebut telahpun dimuktamadkan.
“Bila kita sudah buat keputusan, maka berjalanlah hukumannya. Soal surat sampai atau tidak sampai, itu hanya isu teknikal sahaja.
“Macam saya katalah, orang nak cerai isteri, sebut di rumah pun jatuh, tapi pergi mahkamah untuk buat pengesahan dan sebagainya,” katanya sepertimana dipetik portal Sinar Harian hari ini.
Terdahulu Husam memohon agar pemecatannya sebagai anggota parti itu dibatalkan dengan menghantar surat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, menerima surat pemecatan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok pada Selasa lepas (24 Mei).
"Pemecatan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mengikut lunas-lunas keadilan Islam," kata Husam.
Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri dan dilabel sebagai cuba mensabotaj kerajaan Kelantan.
Beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula 1 Jun ini di Kota Baharu.
Husam dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS pada pertengahan Februari lepas susulan kelantangannya mengkritik parti Islam itu secara terbuka sejak beberapa bulan sebelumnya.
Beliau antara lain menggesa beberapa pemimpin kanan PAS meletak jawatan kerana gagal membentangkan rang undang-undang hudud ke Parlimen.
Topic Berkaitan
#dun salor
#Husam Musa
#Mohd Amar
#pemecatan husam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan