awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerintah bimbang berdepan undi tak percaya - Ketua Pembangkang

Agensi
Agensi
19/05/2020
07:36 MYT
Pemerintah bimbang berdepan undi tak percaya - Ketua Pembangkang
Anwar: Pakatan Harapan akan memberi tumpuan untuk memastikan 107 anggota Parlimennya, dari jumlah 222, kekal berpendirian teguh. - Gambar Facebook @anwaribrahim.keadilan
Susulan sesi sidang sehari Dewan Rakyat semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim beranggapan bahawa kerajaan sekarang tidak mungkin mampu bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Biarpun gabungan pembangkang tidak memiliki majoriti di Parlimen, Anwar menyifatkan kerajaan ketika ini masih ‘bimbang’ dengan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya.
Beliau turut mempersoalkan keabsahan (legitimacy) tampuk kepimpinan dipegang kerajaan.
"Sekiranya pemerintah sekarang benar-benar memiliki kepercayaan, mereka akan menjalankan urusan Parlimen dengan cara yang biasa.
"Secara jelas mereka bimbang akan kemungkinan berjaya dari usul undi tidak percaya yang dikemukakan. Maka, masalah keabsahan pemerintah ini yang perlu dipersoalkan sekarang,” kata Anwar menerusi satu wawancara oleh Bloomberg Television.
Sementara itu, tambah Anwar, gabungan Pakatan Harapan akan memberi tumpuan untuk memastikan 107 anggota Parlimennya, dari jumlah 222, kekal berpendirian teguh.
BACA: Tiada usul soal jawab di Parlimen, PH hormati Yang di-Pertuan Agong - Anwar Ibrahim
BACA: Pakatan Harapan tekad ambil alih semula kerajaan
Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi pilihan pakatan pembangkang untuk jawatan Perdana Menteri dan bukannya bekas pemimpin, Tun Mahathir Mohamad, Anwar yang enggan mengulas lanjut berkata ianya bukanlah 'satu persoalan personaliti' (siapa yang menjadi perdana menteri).
Persidangan Dewan Rakyat yang singkat pada Selasa hanya menyaksikan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pembangkang
#pilihan raya
#PKR
#Politik Malaysia
#undi tidak percaya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan