UMNO yakin pengundi Pas akan menolak calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan pada Rabu yang menghantar 'isyarat' bahawa parti itu kekal dengan pendirian menentang PH yang didakwa mengetepikan Islam dan masyarakat Melayu.
Ia susulan komitmen yang tinggi diperlihatkan oleh gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan daripada Pas sepanjang tempoh berkempen setakat ini, katanya.
"Persetujuan dicapai bukan saja dengan Mursyidul Am Pas (Hashim Jasin) tetapi di peringkat Pas Kota Raja dan semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis," katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Jalan Kebun, di sini, malam tadi.
Ditanya mengenai reaksi pengundi terhadap calon BN Datuk Lokman Noor Adam, Ahmad Zahid berkata sokongan adalah positif ekoran kekecewaan dan ketidakpuasan mereka dengan pentadbiran kerajaan PH yang memasuki tempoh 70 hari setakat ini.
BACA: Bila Anwar turun Sungai Kandis, maknanya...
BACA: Penyokong Pas diyakini memihak PKR
Katanya, respons sedemikian diterima hasil pertemuan jentera BN dan Lokman Noor dengan pengundi Sungai Kandis di beberapa lokasi kempen.
Sebelum ini, Takiyuddin meminta pengundi PAS di Sungai Kandis membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam, masyarakat Melayu dan masa depan negara.
BACA: Pas tolak kerjasama dengan BN
BACA: Pas tidak mahu terpalit isu UMNO - Penganalisis
Pada PRK DUN Sungai Kandis, Lokman Noor bakal berdepan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K. Murthy.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie dari PKR akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
Ahmad Zahid bersama bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta calon Lokman Noor (kiri) pada Program Santai dan Ramah Mesra bersama Pengundi di Apartment Sri Ayu, Bandar Puteri malam tadi. --fotoBERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.